Memburu Daim dan Muhyiddin, Tan Sri Robert Tan Taikun 'Spanco' diserbu SPRM
23:01 Jan 20, 2024  |  By SabahKini2
Memburu Daim dan Muhyiddin, Tan Sri  Robert Tan Taikun 'Spanco' diserbu SPRM

Tahun 2019 Berjaya & Naza berjaya singkirkan Spanco tender membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia. Namun Muhyiddin batalkan kontrak dan pilih Spanco. Mengapa? Kini Daim diburu SPRM tempiasnya kepada Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon..

Suruhanjaya Siasatan Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman  Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon semalam bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion.

Turut diserbu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya merupakan syarikat Spanco Sdn Bhd pembekal kenderaan kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan pengarah siasatan, Hishamuddin Hashim mengesahkan serbuan itu.

Dilaporkan lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperolehi SPRM bagi semakan lanjut. Tiada pembekuan akaun dibuat setakat ini.

Sejak 30 Oktober 1993 Spanco Sdn Bhd, memegang konsesi untuk membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan selama 25 tahun.

Namun kontrak konsesi itu tamat pada 2019 dan telah dibuka kepada syarikat lain. Syarikat-syarikat terlibat dalam bidaan iaitu ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto yang menjadi wakil pengedar jenama Haval. Banyak spekulasi ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN-  Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN- Konsortium Naza-Berjaya singkir taikun Spanco bekal kenderaan rasmi Kerajaan

Konsortium Naza-Berjaya singkir taikun Spanco bekal kenderaan rasmi Kerajaan

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd diumumkan memenangi tender dengan harga lebih kompetitif  seterusnya dipilih sebagai konsesi baharu dan menerima surat hasrat (LOI) pada tahun 2019.

Bagaimanapun selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan LOI itu ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Tan Sri Muhyiddin selain didesak Tun Daim terpaksa menerima tawaran  Tan Sri Datuk Robert Tan Hua Choon kerana telah memberi sumbangan RM2 juta kepada kempennya dalam Covid-19

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan.

Tan mendakwa kontrak tersebut dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat itu lebih tinggi RM700 juta.

Vincent Tan mendesak  SPRM segera melakukan siasatan.

 

 

Siasatan kes ini senyap dan hanya kembali meletup selepas Tun Daim dan keluarga dipanggil SPRM baru-baru sehingga penyitaan Menara ILHAM ini turut menyiasat bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya, serta Mirzan Mahathir - anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Semua tahu Tan Sri Robert Tan Hua Choon merupakan kroni Tun Daim Zainuddin dalam SPANCO ketika Daim sebagai Menteri Kewangan. 

Lembaga Pengarah SPANCO ialah Tun Raus Sharif selaku Pengerusi, Tan Sri Robert Tan Hua Choon Pengarah Urusan, Dato' Sri Tan Han Chuan dan Dato Azman Hj Idris selaku CEO Spanco.

 

Spanco mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM34.9 juta atas atas hasil RM417.6 juta  pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022. 

Pemegang saham Spanco ialah  Jati Rata Sdn Bhd, Minhat bin Mion, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Datuk Seri Tan Han Chuan, dan Datin Tan Ching Ching. 

Tan Sri Robert Tan Hua Choon merupakan taikun dan korporat terkenal mengawal lebih 100 syarikat senarai awam di negara ini.  Antara syarikat terkenal miliknya ialah JASA KITA BERHAD, JKG LAND BERHAD dan  MARCO HOLDINGS BERHAD

 

 

 

9 Comments